Assalamualaikum.

there is nothing special about my blog. but this blog is the place for me to pour out all the joy and sorrow say. by the way, happy reading! :)

Sunday, November 7, 2010

tanda-tanda awal masalah kemurungan..


Sebelum sampai ke perlakuan agresif atau timbul keinginan membunuh diri, ada beberapa tanda fizikal akibat kemurungan iaitu:

  • Sakit atau pening kepala — Ini antara tanda paling biasa dan kerap dialami kebanyakan orang. Jika sebelum ini anda mengalami migrain, kemurungan membuatkan sakit kepala bertambah teruk
  • Sakit belakang (pinggang) — Sakit pinggang juga bertambah buruk apabila anda mengalami kemurungan
  • Sakit otot dan sendi — Ia juga antara kesan tekanan yang tidak ditangani dengan baik dan menjadi lebih teruk jika anda murung
  • Sakit dada — Biasanya orang cepat mengambil tindakan jika mengalami sakit dada yang sering dikaitkan dengan masalah jantung. Bagaimanapun, kemurungan juga boleh menyebabkan sakit dada
  • Masalah pencernaan — Anda mungkin berasa mual, mengalami cirit-birit atau sembelit
  • Cepat berasa penat dan tidak bertenaga — Tidak kira berapa lama anda tidur, anda masih berasa penat dan apabila terjaga daripada tidur pada waktu pagi, terpaksa melawan perasaan untuk bangun dari katil
  • Sukar tidur malam — Ini juga antara tanda biasa bagi individu murung. Anda mungkin kerap terjaga malam dan sukar untuk kembali melelapkan mata. Akibatnya anda berasa letih apabila bangun keesokan hari dan ia menyukarkan anda untuk menumpukan perhatian ketika memandu atau kerja. Ada juga individu murung yang tidur lebih lama daripada biasa
  • Perubahan selera makan — sama ada tidak berselera atau terlebih selera. Jika anda hilang selera makan, berat badan turun. Sebaliknya ada juga individu yang ‘mengidam’ untuk makan pelbagai jenis makanan yang dirasakan boleh mententeramkan dan menenangkan hatinya yang akhirnya membuatkan berat badan bertambah.